AYAM, AYAM KAMPUNG, AYAM ORGANIK, AYAM KAMPONG
Ayam (Gallus gallus, Gallus gallus domesticus) merupakan sejenis burung peliharaan yang seringkali diternak untuk mendapatkan telurnya. Ia dipercayai berasal daripada Ayam Hutan Merah Asia (Asian Red Junglefowl).
Sejak dahulu lagi Ayam Kampung sinonim dengan sebutan Ayam Kampong. Ada juga yang menggelarkan Ayam Kampung sebagai Ayam Organik atau Ayam Kampung Organik. Secara umumnya Ayam Kampong atau Ayam Kampung dipelihara secara lepas. Ia boleh bergerak bebas dan bukan dikurung di sangkar yang sempit.
Ayam merupakan haiwan maserba atau juga dikenali sebagai omnivor merujuk kepada haiwan yang memakan daging dan tumbuhan terus hidup. Ia makan hampir apa sahaja, dari bijian ke daunan dan dari serangga ke tikus. Namun ayam ternakan biasanya diberi makanan khas seperti bijirin dan sumber protein.
Sebaliknya Ayam Organik pula diberi makanan yang diproses khas daripada herba-herba terpilih seperti halia, habatussauda, dan kunyit untuk dijadikan makanan ayam.
assalamualaikum, saya dan suami saya bercadang untuk berubah ke ayam kampung vs ayam biasa di supermarket, kerana kami rasa cara ayam dibela di zaman moden adalah meresahkan/menyeksa haiwan itu dan sebenarnya melanggar konsep tayyib agama islam (zaman dulu semua ayam 'free range').
diharap az-zain dapat meletakkan satu post yang menjelaskan kriteria sumber ayam syarikat tuan serta cara sembelihannya - sudah sedia maklum sembelihan itu zabihah, tapi kami berminat untuk tahu jika ia juga mengikut garis panduan lain, contohnya tidak menyembelih ayam di hadapan ayam lain dan tidak digantung lama-lama sehingga menyeksa sementara menunggu sembelihan. saya melihat gambar proses sembelihan secara industri dan berasa gusar kerana barisan ayam tergantung yang panjang tentu bermaksud ayam itu berasa tekanan dan terseksa sementara menunggu giliran sembelihan.
kami juga berharap akan ada lebih banyak pengeluar telur ayam kampung seperti di negara eropah. sebenarnya orang islam sepatutnya menyokong konsep ini, sebab kita sekian lama ada garis panduan ihsan untuk haiwan ternakan. industri makanan halal tapi tidak tayyib, tak berguna juga.
Puna dijemput untuk baca posting terbaru iaitu urutan pemprosesan ayam az-zain vs pemprosen ayam di malaysia
http://ayamkampungorganik.blogspot.com/2010/12/pemprosen-ayam-az-zain.html