Gambar Ayam Tak Putus Urat dengan Ayam Putus Urat




Ayam Putus Urat






Ayam Tak Putus Urat







Peniaga saman Tesco RM1.6 juta


PULAU PINANG 31 Mei - Seorang peniaga makanan bersama empat ahli keluarganya menyaman sebuah pasar raya besar bagi menuntut ganti rugi RM1.6 juta kerana didakwa cuai untuk memastikan produk ayam segar siap diproses benar-benar halal mengikut syariat Islam.

Akibat kecuaian Tesco Stores (M) Sdn. Bhd. itu, mereka mendakwa mengalami trauma dan merasa berdosa kerana memakan serta menjual makanan berlaukkan ayam kepada pelanggan di restoran milik Raja Muzaffar Kamar Raja Busu di Astaka Gelugor, Gelugor di sini.

Raja Muzaffar Kamar, 46, selaku plaintif pertama menamakan ibu, Lijah Awang Kechik, 66; abang, Raja Kamar Idris, 47; kakak ipar, Norhayati Abdullah, 45, dan adik, Raja Teh Rahmah, 34, sebagai plaintif kedua hingga kelima.

Mereka menamakan Tesco Extra Sungai Dua yang merupakan cawangan Tesco Stores (M) Sdn. Bhd. sebagai defendan.

Writ saman tersebut difailkan melalui firma guaman, Tetuan Badruzzaman & Kamal di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada pukul 11 pagi.

Pihak plaintif menuntut ganti rugi am RM1 juta, ganti rugi teladan RM500,000 dan ganti rugi teruk RM100,000 serta permohonan maaf secara terbuka kepada mereka.

Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif mendakwa, defendan gagal melindungi haknya sebagai pengguna dan penjual makanan kepada orang Islam sehingga menyebabkannya menjual masakan ayam yang diragui kepada pelanggan.

''Defendan tidak mengambil sebarang tindakan yang sewajarnya untuk memastikan produk ayam siap disembelih dan dijual di premis berkenaan benar-benar halal di sisi Islam terutama dari segi kaedah penyembelihan.

''Mereka juga telah cuai dan gagal memberi sebarang maklumat bagi membolehkan kami mengambil inisiatif tambahan untuk memeriksa dan memastikan ayam-ayam tersebut benar-benar halal,'' ujar plaintif.

Jelas Raja Muzaffar Kamar, pada 12 Mac lalu, beliau telah membeli tiga ekor ayam yang siap disembelih dan dibungkus dengan bungkusan berjenama HyFresh tertera logo halal yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Dakwa beliau, mereka kemudian memasak ayam itu dengan sebahagiannya dimakan bersama-sama keluarga manakala bakinya dijual di premis perniagaannya.

Raja Muzaffar Kamar berkata, ketika hendak membuang sisa ayam itu, mereka mendapati kesan sembelihan pada leher ayam berkenaan mencurigakan di sisi Islam sebelum membuat laporan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP).

Beliau berkata, JHEAIPP kemudian membuat siasatan dan merampas ayam berjenama HyFresh di pasar raya itu kerana tidak disembelih mengikut kaedah ditetapkan Islam.

''Pada 31 Mac lalu, Jabatan Mufti Pulau Pinang mengeluarkan surat mengesahkan produk ayam berkenaan tidak disembelih mengikut ketetapan syariat Islam dan haram dimakan,'' katanya.


sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0601&pub=Utusan_Malaysia&sec=Mahkamah&pg=ma_06.htm

Pusat sembelih ayam menjijikkan


KUALA LUMPUR 3 Sept. - Menjijikkan! Begitulah keadaan di sebuah pusat penyembelihan ayam di Pasar Chow Kit yang diserbu pihak berkuasa awal pagi ini.

Serbuan pada pukul 4 pagi itu dilakukan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Dewan Bandaraya Kuala Kuala (DBKL) dan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Jakim, Mohd. Amri Abdullah berkata, serbuan dilakukan berikutan aduan orang awam yang mendakwa penyembelihan di situ tidak diiktiraf oleh Jawi.

Menurutnya, ketika pemeriksaan dibuat, pihaknya menemui beberapa dokumen penyembelih yang diiktiraf tetapi penama dalam dokumen itu tiada di premis tersebut.

"Mereka yang menjadi penyembelih di premis itu ialah beberapa lelaki warga Bangladesh. Hasil pemeriksaan, penyembelihan ayam yang dilakukan itu tidak mengikut syariat Islam kerana urat halkum haiwan itu tidak terputus.

"Terdapat juga urat-urat lain di bahagian tengkok ayam yang disembelih tidak terputus. Ini menyebabkan binatang berkenaan dianggap mati sebagai bangkai," katanya kepada pemberita hari ini.

Mohd. Amri menambah, ayam-ayam yang disembelih itu kemudian dilonggok dalam sebuah tong yang begitu kotor dengan kesan darah kering yang tidak pernah dibasuh serta bulu ayam.

Malah, beliau memberitahu, pusat penyembelihan ayam itu dikesan terletak bersebelahan dengan tempat penyembelihan babi.

Sehubungan itu, beliau berkata, orang ramai yang membeli ayam sempena Hari Raya Aidilfitri ini peka dengan penyembelihan yang dilakukan.

"Operasi ini akan diteruskan bagi memastikan pusat penyembelihan ayam tidak bertindak dengan sesuka hati semata-mata untuk mengejar keuntungan," ujarnya.

sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0904&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kota&pg=wk_03.htm

Ayam sembelih tak putus urat

BUKTI...Amri (kanan) menunjukkan urat leher ayam yang tidak disembelih secara sempurna, semalam

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin


KUALA LUMPUR: Tiga pusat penyembelihan ayam di pasar Chow Kit, di sini yang mengedarkan ayam sembelihan ke pasar raya dan pasar di Lembah Klang didapati menyembelih ayam secara tidak sah menurut hukum Islam selepas didapati urat halkum ayam disembelih tidak putus seperti disyaratkan.

Lebih menyedihkan pemilik pusat itu sanggup mengupah tukang sembelih warga asing serta tidak bertauliah menyebabkan ayam yang disembelih itu ibarat ‘bangkai’ kerana ia turut dilemaskan dalam tong besar berisi air.

Ini terbukti dalam satu operasi khas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) ke pasar berkenaan awal pagi semalam.

Dalam operasi bersepadu kira-kira jam 5 pagi itu, seramai hampir 30 pegawai dan anggota dari Jakim, Jawi, Kementerian Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertindak melakukan pemeriksaan mengejut terhadap tiga pusat penyembelihan ayam di pasar terbabit yang disyaki melakukan pelanggaran syarak.

Operasi terbabit turut disertai Timbalan Pengarah Operasi Jawi, Zainal Abidin Jaafar dan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Jailani Ngah bagi melihat sendiri masalah berhubung isu halal di kalangan pengusaha ayam tempatan.

Namun kehadiran pihak berkuasa seolah-olah dihidu apabila seorang penyembelih ayam yang tidak mempunyai tauliah lari lintang pukang dan gagal diberkas selepas pusat penyembelihan ayam di kawasan itu digempur.

Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hab Halal Jakim, Amri Abdullah yang turut menyertai operasi itu terkejut apabila empat dari ayam yang baru disembelih didapati tidak putus urat halkum.

Ayam itu yang masih belum diproses disembelih menggunakan pisau tumpul sebelum dicampakkan ke dalam tong besar berisi air.

Amri berkata, berdasarkan pemeriksaan, pihaknya sukar memastikan sama ada ayam berkenaan mati akibat disembelih atau lemas akibat disumbat ke dalam tong berisi air berkenaan.

Menurutnya, keadaan ini menimbulkan isu ‘syubahah’ atau curiga sama ada ia halal dimakan atau sebaliknya berikutan pernah berlaku peniaga melemaskan ayam yang baru disembelih ke dalam tong besar berisi air atau menindihnya dalam tong bagi mempercepatkan proses kematian sebelum diproses dan dijual kepada orang ramai.

“Bagaimanapun pemeriksaan mendapati kebanyakan ayam disembelih dengan cara tidak sempurna, malah lelaki yang ditugaskan menyembelih ayam berkenaan adalah pendatang asing Indonesia yang tidak mempunyai surat kebenaran menyembelih dari Jawi.

“Agak menghairankan apabila empat pekerja penyembelih tempatan yang mempunyai surat kebenaran Jawi sebaliknya, tidak bertugas dan berada di pusat penyembelihan berkenaan. Rata-rata pekerja yang ditemui hanyalah warga Bangladesh dan Indonesia yang digaji untuk menyembelih dan memproses ayam terbabit,” katanya.

sumber: Harian Metro

MEMO CUTI HARI RAYA





Kepada pelanggan dan penyokong Produk Muslim.

Az-Zain Shah Alam akan tutup bermula 10.09.2010 - 15.09.2010

Ada sapa nak tempah untuk bawa balik kampung?

Kawan-kawan area temerloh? maran? Kalau nak kirim kat saya pun boleh.

Hubungi 013-2785103

HATI-HATI PRODUK YANG DIGANTUNG SIJIL HALAL


BERITA PPIM-PPIM GESA PENGGUNA HATI-HATI PRODUK YANG DIGANTUNG SIJIL HALAL




Kenyataan Media Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Berhubung
Penarikan Sijil Halal QBB Pure Ghee Keluaran QBI Packaging Sdn Bhd

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa agar orang ramai terutama pengguna Islam supaya menghentikan segera pengambilan minyak sapi jenama QBB Pure Ghee keluaran syarikat QBI Packaging Sdn Bhd.

Ini adalah ekoran daripada penarikan balik status halal minyak sapi tersebut oleh JAKIM berkuatkuasa pada 19hb Ogos yang lalu. Menurut JAKIM, minyak sapi berkenaan mengandungi elemen yang meragukan dan tidak boleh dimakan oleh umat Islam.

Sempena musim perayaan yang bakal menjelang tidak lama lagi, pengguna diminta berhati-hati dalam membeli kuihraya, membuat kuihraya, dan memakan kuih raya termasuk, nasi-nasi yang berasaskan minyak sapi dengan jenama QBB Pure Ghee.
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) juga menyeru agar syarikat terbabit menarik semula semua produk tersebut yang mempunyai label halal JAKIM yang berada di pasaran dengan serta merta. Tindakan serta penarikan balik produk ini yang mempunyai logo halal JAKIM serta-merta dari pasaran dapat mengelakkan kekeliruan di kalangan pengguna.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) juga mengingatkan pihak syarikat agar mengambil tindakan serius serta prihatin dengan masalah sensitivity umat Islam berkaitan dengan produk serta sijil halal yang diguna pakai. Justeru itu pemantauan rapi dari JAKIM serta kerjasama syarikat terbabit amatlah dialu-alukan.

Sumber: http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/news.php?item.853.2

QBB Pure Ghee Keluaran QBI Packaging Sdn Bhd

ISU : Penggantungan Sijil Pengesahan Halal Syarikat QBI Packaging Sdn Bhd




Sumber Website Jakim:
http://www.islam.gov.my/portal/lihat.php?jakim=4835

Powered by Blogger