HATI-HATI PRODUK YANG DIGANTUNG SIJIL HALAL
BERITA PPIM-PPIM GESA PENGGUNA HATI-HATI PRODUK YANG DIGANTUNG SIJIL HALAL
Penarikan Sijil Halal QBB Pure Ghee Keluaran QBI Packaging Sdn Bhd
Ini adalah ekoran daripada penarikan balik status halal minyak sapi tersebut oleh JAKIM berkuatkuasa pada 19hb Ogos yang lalu. Menurut JAKIM, minyak sapi berkenaan mengandungi elemen yang meragukan dan tidak boleh dimakan oleh umat Islam.
Sempena musim perayaan yang bakal menjelang tidak lama lagi, pengguna diminta berhati-hati dalam membeli kuihraya, membuat kuihraya, dan memakan kuih raya termasuk, nasi-nasi yang berasaskan minyak sapi dengan jenama QBB Pure Ghee.
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) juga menyeru agar syarikat terbabit menarik semula semua produk tersebut yang mempunyai label halal JAKIM yang berada di pasaran dengan serta merta. Tindakan serta penarikan balik produk ini yang mempunyai logo halal JAKIM serta-merta dari pasaran dapat mengelakkan kekeliruan di kalangan pengguna.
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) juga mengingatkan pihak syarikat agar mengambil tindakan serius serta prihatin dengan masalah sensitivity umat Islam berkaitan dengan produk serta sijil halal yang diguna pakai. Justeru itu pemantauan rapi dari JAKIM serta kerjasama syarikat terbabit amatlah dialu-alukan.
Sumber: http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/news.php?item.853.2
0 Response to "HATI-HATI PRODUK YANG DIGANTUNG SIJIL HALAL"
Post a Comment