Peniaga saman Tesco RM1.6 juta


PULAU PINANG 31 Mei - Seorang peniaga makanan bersama empat ahli keluarganya menyaman sebuah pasar raya besar bagi menuntut ganti rugi RM1.6 juta kerana didakwa cuai untuk memastikan produk ayam segar siap diproses benar-benar halal mengikut syariat Islam.

Akibat kecuaian Tesco Stores (M) Sdn. Bhd. itu, mereka mendakwa mengalami trauma dan merasa berdosa kerana memakan serta menjual makanan berlaukkan ayam kepada pelanggan di restoran milik Raja Muzaffar Kamar Raja Busu di Astaka Gelugor, Gelugor di sini.

Raja Muzaffar Kamar, 46, selaku plaintif pertama menamakan ibu, Lijah Awang Kechik, 66; abang, Raja Kamar Idris, 47; kakak ipar, Norhayati Abdullah, 45, dan adik, Raja Teh Rahmah, 34, sebagai plaintif kedua hingga kelima.

Mereka menamakan Tesco Extra Sungai Dua yang merupakan cawangan Tesco Stores (M) Sdn. Bhd. sebagai defendan.

Writ saman tersebut difailkan melalui firma guaman, Tetuan Badruzzaman & Kamal di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada pukul 11 pagi.

Pihak plaintif menuntut ganti rugi am RM1 juta, ganti rugi teladan RM500,000 dan ganti rugi teruk RM100,000 serta permohonan maaf secara terbuka kepada mereka.

Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif mendakwa, defendan gagal melindungi haknya sebagai pengguna dan penjual makanan kepada orang Islam sehingga menyebabkannya menjual masakan ayam yang diragui kepada pelanggan.

''Defendan tidak mengambil sebarang tindakan yang sewajarnya untuk memastikan produk ayam siap disembelih dan dijual di premis berkenaan benar-benar halal di sisi Islam terutama dari segi kaedah penyembelihan.

''Mereka juga telah cuai dan gagal memberi sebarang maklumat bagi membolehkan kami mengambil inisiatif tambahan untuk memeriksa dan memastikan ayam-ayam tersebut benar-benar halal,'' ujar plaintif.

Jelas Raja Muzaffar Kamar, pada 12 Mac lalu, beliau telah membeli tiga ekor ayam yang siap disembelih dan dibungkus dengan bungkusan berjenama HyFresh tertera logo halal yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Dakwa beliau, mereka kemudian memasak ayam itu dengan sebahagiannya dimakan bersama-sama keluarga manakala bakinya dijual di premis perniagaannya.

Raja Muzaffar Kamar berkata, ketika hendak membuang sisa ayam itu, mereka mendapati kesan sembelihan pada leher ayam berkenaan mencurigakan di sisi Islam sebelum membuat laporan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP).

Beliau berkata, JHEAIPP kemudian membuat siasatan dan merampas ayam berjenama HyFresh di pasar raya itu kerana tidak disembelih mengikut kaedah ditetapkan Islam.

''Pada 31 Mac lalu, Jabatan Mufti Pulau Pinang mengeluarkan surat mengesahkan produk ayam berkenaan tidak disembelih mengikut ketetapan syariat Islam dan haram dimakan,'' katanya.


sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0601&pub=Utusan_Malaysia&sec=Mahkamah&pg=ma_06.htm

4 Response to "Peniaga saman Tesco RM1.6 juta"

  1. Anonymous says:

    Tesco tu milik Yahudi. Biasalah, ini memang perangai Yahudi, menipu tak habis2. Persoalannya, macam umat Islam boleh terpedaya dan hingga kini masih membeli barangan dari pasaraya Yahudi ni?

    Anonymous says:

    Nak buat camne gak. Brg dia jual murah skit dr pasaraya lain. Selalu buat promosi x abis2. Bagi lak kad tesco club. Mmg sure jd pilihan org ramai la terutama org melayu kita ni. He3.

    Anonymous says:

    Ini bukan kes dah tahu pasaraya tu yahudi punya....tapi isu amanah.
    orang bodoh je yg suka tertawakan org semata2 termasuk ke kedai yahudi.
    tapi ini berlaku ada hikmah...buka mata org-org melayu agar lebih berhati2 & pecahkan tembelang org melayu yg yg mengaku islam tapi tidak amanah

    SALAM KENAL SEMUA,…!!! SAYA MAS JOKO WIDODO DI SURABAYA.
    DEMI ALLAH INI CERITA YANG BENAR BENAR TERJADI(ASLI)BUKAN REKAYASA!!!

    Saya Sangat BerTerima kasih Atas Bantuan Angka Ritual AKI…Angka AKI KANJENG Tembus 100%…Saya udah kemana-mana mencari angka yang mantap selalu gak ada hasilnya…sampai- sampai hutang malah menumpuk…tanpa sengaja seorang teman lagi cari nomer jitu di internet…Kok ketemu alamat KI KANJENG..Saya coba beli Paket 2D ternyata Tembus…dan akhirnya saya pun membeli Paket 4D…Bagai di sambar Petir..Ternyata Angka Ritual Ghoib KI KANJENG…Tembus 4D…Baru kali ini saya mendapat angka ritual yang benar-benar Mantap…Bagi saudara yang ingin merubah Nasib anda seperti saya…Anda Bisa CALL/SMS Di Nomer KI KANJENG DI 085-320-279-333.(((Buktikan Aja Sendiri Saudara-Saudari)))

    …TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA AKI KANJENG…

    **** BELIAU MELAYANI SEPERTI: ***
    1.PESUGIHAN INSTANT 10 MILYAR
    2.UANG GAIB
    3.JUAL TUYUL MEMEK
    4.ANGKA TOGEL GHOIB.DLL..

    …=>AKI KANJENG<=…
    >>>085-320-279-333<<<

Powered by Blogger