Pemprosen Ayam AZ-ZAIN



Urutan Ayam Az-Zain diproses
Amalan Memproses Ayam di Malaysia

1.



Hanya ayam yang sihat sahaja dipilih untuk disembelih



Tidak kira jenis dan keadaan ayam termasuk ayam yang berpenyakit dan bermasalah turut disembelih demi keuntungan

2.



Tanpa Stunning



Menggunakan Stunning (stunning ialah proses melalikan ayam dengan kejutan letrik sebelum disembelih)

3.


Usus dikeluarkan sebelum proses seterusnya

Usus yang penuh dengan najis tidak dikeluarkan sehingga ayam siap diproses
4.


Ayam disiram dengan air untuk membersihkan najis dan darah yang melekat pada bulu
Darah dan najis dibiarkan sehingga dapat mencemarkan daging ayam
5.

Ayam dimasukkan ke dalam air panas yang bersih untuk melembutkan bulu
Ayam dimasukkan ke dalam air panas yang pekat dicemari oleh najis dan darah ayam
6.



Suhu air dikawal pada 600C supaya air tidak menembusi dalam daging ayam



Amalan standard industri menetapkan suhu air 700C hingga 750C. Pada suhu yang tinggi ini air yang penuh dengan najis dan darah boleh menembusi daging ayam

7.


Ayam dimasukkan ke dalam air ais tanpa kimia dan klorin

Ayam dimasukkan ke dalam air ais yang dicampur dengan klorin supaya ayam kelihatan segar untuk beberapa hari apabila dijual di pasaran.

8.



Proses mendorong air tidak dilakukan kerana bertentangan dengan syariat untuk menipu timbangan

Teknik “water induce” (proses mendorong air) ke dalam badan ayam untuk menambahkan berat badan dan mengaut keuntungan dengan menipu
9.





Setelah diproses ayam dipotong dan dicuci dengan teliti sebelum pembungkusan dan disimpan dalam bilik sejuk dengan suhu 210 C supaya ayam bebas dari bakteria dan sentiasa segar dan tidak memudaratkan kesihatan manusia.

Ayam dihantar kepada pusat jualan,pasar basah, pasaraya, kedai runcit dan pasar malam



10.


Ayam diangkut ke pasaran dengan truck refregirated sejuk supaya rangkaian sejuk tidak terputus
Kebiasaannya ayam diangkut dengan lori dan van yang tidak ada kemudahan sejuk beku, sekali lagi ayam dicemari dengan bakteria

Powered by Blogger