PRODUK BIOMIL



Biotral Sdn Bhd adalah sebuah syarikat milik 100% bumiputera yang diperbadankan pada 6hb Jun, 2005. Penubuhan syarikat ini adalah selaras dengan hasrat Kerajaan Malaysia untuk menjadikan Malaysia sebagai Hub Makanan Halal. Biotral Sdn Bhd pada dasarnya terlibat secara langsung dengan aktiviti formulasi susu tepung dan memasarkan produk susu tepung halal ke pasaran tempatan dan antarabangsa. Kami membekalkan produk kepada pemborong dan pengedar.

Biotral Sdn Bhd berhasrat untuk menjadi peneraju kepada produk susu tepung untuk membesar kepada kanak-kanak dan seisi keluarga. Misi kami adalah untuk membekal produk yang berkualiti tinggi serta menyediakan khidmat langganan yang terbaik. Biotral Sdn Bhd juga menjanjikan pengeluaran produk dengan ramuan yang berkualiti tinggi. Proses pengeluarannya dilakukan melalui amalan kebersihan yang tinggi. Produk ini memdapat pegiktirafan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia serta memenuhi tahap kelayakan HACCP dan ISO 9001:2000.

0 Response to "PRODUK BIOMIL"

Powered by Blogger