Jus Qaseh Kekanda

RM 71.90

KANDUNGAN

Jus Qaseh Kekanda dan Adinda memuatkan khazanah-khazanah alam berikut dalam satu formulasi istimewa (klik ramuan berkenaan untuk membaca lebih lanjut tentangnya):
Jus Kurma
Madu
Air Zam-zam
Tiin
Zaitun
Habbatus Sauda'
Za'faran
Ginkgo Biloba
Sirih
dan juga ramuan khusus terpilih - untuk lelaki (Jus Qaseh Kekanda) dan wanita (Jus Qaseh Adinda).
Ringkasan Manfaat

Tubuh kita asalnya bersih dan sihat namun hari demi hari kita terdedah kepada persekitaran dan budaya pemakanan yang memudaratkan dalam keadaan kita leka dan lalai. Hasilnya hari ini penyakit-penyakit kronik kini mudah menjangkiti anak-anak muda akibat situasi tersebut. Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam juga bersabda, yang bermaksud: "Wahai orang beriman, makanlah makanan yang bersih daripada apa yang dikurniakan kepada kamu" (Hadis Riwayat Muslim).

Gabungan intipati Qaseh merupakan gabungan makanan sunnah dan herba tempatan yang melengkapi keperluan tubuh dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Ia meliputi keperluan kepada sistem dan fungsi tubuh itu sendiri dari:

Darah
Mengimbangi kepekatan darah dalam tubuh agar tidak terlalu pekat serta mudah dihantar ke seluruh anggota tubuh.

Saraf
Apabila darah mudah dihantar ke seluruh anggota maka saluran saraf juga akan berkembang dengan baik tidak lagi sempit kerana darah juga membekalkan oksigen.

Otak
Otak lebih cerdas dan daya ingatan lebih mantap kerana darah membekalkan oksigen lebih banyak. Lebih-lebih lagi bagi anda yang banyak menggunakan tenaga otak seperti jurutera dan seumpanya.

Jantung & Paru-Paru
Jantung lebih sihat kerana tidak dibebani dengan darah yang terlalu pekat. Paru-paru lebih rehat.

Usus
Bekerja dengan lebih baik apabila makanan lebih mudah dicernakan dan lebih rehat. Masalah buasir dapat dijauhi.

Buah Pinggang
Menapis dengan lebih efektif kerana bekalan darah dan oksigen yang lancar. Dan menyalurkan toksin dan sisa ke bahagian pencernaan dengan lancar.

Kulit
Kulit lebih segar dan sihat apabila mikro-saraf menerima darah dan oksigen dengan banyak. Luka mudah pulih dan parut menjadi minima.

Rambut
Lebih kuat dan tidak mudah gugur kerana kulit kepala yang sihat.

Mata, Telinga, Hidung dan Rongga Pernafasan.
Penglihatan dan pendengaran lebih tajam dan deria bau lebih peka. Hidung juga sukar dijangkiti penyakit dari kesan pendedahan kepada pencemaran habuk, debu dan kotoran lain. Bakteria sukar menjangkiti saluran nafas dari kerongkong hingga ke paru-paru.

Rahim
Lebih selesa mengikut situasi semasa. Kitaran haid lebih teratur. Menjauhi keputihan kerana fungus dan bakteri sukar menjangkiti. Jika hamil, rahim akan lebih relaks dan fleksibel bergantung kepada pembesaran kandungan.

Tulang & Sendi
Tulang lebih teguh dan kukuh. Tidak mudah rapuh. Bekalan kalsium yang diperolehi, semasa ke semasa dari pemakanan ini. Sendi lebih kuat dan sihat.

Ibu Hamil
Lebih bertenaga untuk kekuatan ibu seharian dan pada waktu melahirkan menggantikan darah serta tenaga yang hilang. Anak dalam kandungan lebih tenang kerana zat yang cukup.

Organ Dalaman Lelaki dan Wanita
Lebih tenaga, bersih dan sihat. Peluang hamil lebih tinggi untuk wanita yang sukar hamil, Insya Allah, memekat, menyihat serta menyuburkan mani.

PEMBACAAN LANJUT TENTANG KANDUNGAN QASEH

1. KURMA
a. Yang Dipilih Para Rasul

Lebih 1400 tahun buah yang berkhasiat ini dianugerahkan kepada manusia dikenali menurut sejarah. Masyarakat seluruh dunia kini mengiktiraf buah yang tahan lasak atas kemampuannya tumbuh di padang pasir dari Timur Tengah Arab ini sebagai makanan wajib harian atas keberkesanannya dalam memberi tenaga, membantu memperkemaskan sistem fungsi tubuh dan otak.

b. Sejarah

Dalam sejarah Islam, antara fakta yang amat popular mengenai kurma yang amat tinggi khasiat ini adalah catatan sejarah Saidatina Maryam ‘Alaihissalam ketika mahu melahirkan Nabi Isa ‘Alaihissalam dirakam di dalam Al-Quran; (Ketika ia hendak bersalin) maka kesakitan itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar (kurma); Al-Quran [17] Surah Maryam [Ayat 23]

Lalu ia diseru dari sebelah bawahnya: "Janganlah engkau berdukacita (wahai Maryam), sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan di bawahmu sebatang anak sungai.” Al-Quran [17] Surah Maryam [Ayat 24]

Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah kurma yang masak. Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan. Al-Quran [17] Surah Maryam [Ayat 25 - 26]

c. Kurniaan umpama hadiah dari Allah untuk kita

Jika dari sudut logik akal manusia, seorang ibu yang baru bersalin perlu mengamalkan gabungan pelbagai jenis makanan untuk menggantikan kembali kepada si ibu yang kehilangan banyak tenaga dan darah, tetapi kesemua itu Allah lengkapkan hanya dengan satu jenis makanan yakni Kurma.

Kurma tinggi kandungan Thiamin (Vitamin B1) yang mana digunakan dalam perawatan sebagai pencuci bagi mengatasi masalah usus. Dalam bentuk cecair, sirup dan kanji, kurma mampu membantu mengatasi masalah sakit tekak, selsema, katar bronkus dan diambil untuk meredakan demam dan pelbagai masalah berkaitannya. Ia juga satu amalan tradisional yang dipercayai mampu mengatasi masalah toksin alkohol. Biji kurma juga digunakan dalam beberapa rawatan tradisional. Kebiasaannya seorang Ibu perlu berpantang pelbagai jenis makanan semasa hamil dan selepas bersalin bagi memastikan badan Ibu dan bayi berada dalam situasi terbaik.

Jika kurma amat sesuai untuk ibu-ibu hamil dan selepas bersalin dalam menambah tenaga, darah yang berkurangan dan sistem pencernaan yang terbaik, sudah pasti ia baik untuk diamalkan oleh semua golongan usia..!

Allah Subhanahu Wata’ala memerintahkan Saidatina Maryam ‘Alaihissalam memakan buah kurma, sudah pasti ia adalah kurniaan terbaik dariNya dengan berfirman kepada Saidatina Maryam ‘Alaihissalam; “bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan..”.

Bayangkan seorang Ibu yang bersalin keseorangan di padang pasir yang terpencil tanpa bantuan orang lain. Dalam keadaannya yang lemah lagi tidak berdaya akibat bertarung nyawa dalam melahirkan anaknya, kehilangan tenaga dan kehilangan darah yang banyak sekali..

d. Keberkatan

Makanan Pilihan Rasul, Ulama’ & Ahli Ibadah

Daripada Salman ibn 'Aamir, “Sesungguhnya Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: Jika salah seorang di antara kamu hendak berbuka puasa, berbukalah dengan kurma sebab kurma itu barakah (berkat), kalau tidak ada maka dengan air kerana air itu bersih dan suci.” (Hadis riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi)

Sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam: “Sebaik-baik makanan sahur orang yang beriman adalah buah tamar” (Hadis riwayat Abu Daud)

Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a. katanya:

"Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. lalu baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya (bertahnik) dengan buah kurma. (dijelaskan tambahan dalam riwayat Imam Bukhari) “.. maka Baginda Sallallahu 'Alaihi Wasallam mendoakan kebaikan dan mendoakan keberkatan baginya, lalu menyerahkan kembali kepadaku." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

e. Kesihatan & Kekuatan Jasmani & Ruhani

Kurma Menenangkan Perasaan

Di dalam Al-Quran Surah Maryam Ayat 26, Allah Subhanahu Wata’ala berfirman kepada Saidatina Maryam ‘Alaihissalam; “..bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan”. Cuba renungkan bukti saintifik ini yang ditemui oleh mereka yang pakar;

“Amalan Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassallam memakan tamar (kurma) adalah baik sebab ia mengandungi karbohidrat tinggi, di samping asid amino, antaranya triptofan yang didapati boleh menenangkan perasaan”. -Dr Suriya Osman¹.

Kurma Memelihara Kesihatan

Berdasarkan kajian kimia dan fisiologi Dr Ahmad Abdul Ra'ouf Hisyam dan Dr. Ali Ahmad Syahhat, data berikut diperoleh ².

Memakan ruthab dan atau tamar ketika berbuka puasa akan menambahkan peratus kandungan glukosa dan sukrosa dalam badan.

Penyakit anemia (kurang darah) akan berkurangan dan tubuh tidak pucat.

Ketika perut kosong, saat itulah makanan yang mengandungi nutrien glukosa dan sukrosa akan mudah dicerna dan diserap secara cepat dan maksimum. Jadi, kandungan glukosa dan sukrosa dalam ruthab dan tamar yang banyak itu menjadikan proses mencerna dan menyerap di dalam badan sangat mudah.

Ia berserat tinggi, mengandungi kalsium, potassium, folate, vitamin A, B, B1, B2, B3 C dan E, bebas lemak dan bebas kolestrol.

Amat Membantu Dalam Mencegah Penyakit Kronik Seperti Jantung & Kencing Manis.

"Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana mengandungi zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah". Prof. Madya Aslah Zain.³



2. MADU LEBAH
Dalam sejarah Islam fakta Madu yang amat popular dirakam di dalam Al-Quran [16] Surah An-Nahl [Ayat 69] melalui perintah Allah Subhanahu Wata'ala kepada lebah;

Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutilah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkanNya kepadamu. “Dengan itu keluarlah dari badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda (membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.

a. Penyembuh Yang Mujarab

“Ambillah, pergunakanlah olehmu sekalian akan dua penyembuh iaitu Madu dan Al-Quran”- Riwayat Ibnu Majah

Kita perlu mengambil Madu setiap hari untuk kekal sihat kerana ia bukan sekadar membekalkan banyak zat malah juga didapati boleh meningkatkan tenaga, merangsang dan memperbaiki aliran darah.

b. Kuasa Mencerdaskan Otak

Madu juga kaya dengan fruktosa iaitu gula ringkas yang boleh diserap terus ke dalam darah untuk memberi tenaga segera. Tidak hairanlah para penyelidik menggelar Madu sebagai agen untuk mencerdaskan otak kerana apabila aliran darah lancar, lebih banyak oksigen dapat dibawa ke otak.

c. Antioksida & Menghenti Serangan Bakteria

Sungguh menarik, Madu boleh menjadi antibiotik dan antiseptik bagi melawan jangkitan bakteria samada dalaman dan luaran. Kajian penyelidik Universiti Wales mendapati bahawa Madu boleh menghentikan aktiviti bakteria yang menyerang luka dan menghalang jangkitan daripda terus merebak. Benarlah seperti pesan Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam;

Dari Abu Hurairah, kata beliau: Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: “Barangsiapa yang menjilat Madu sebanyak tiga kali pagi setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar.”

Secara umumnya setiap titis Madu mengandungi:

Vitamin - A, B1, B2, B3, C, D, E dan K.
Garam Galian - Kalsium, Fosforus, Sulfur, Zat Besi, Karbon, Magnesium, Natrium, Kalium, Klorin, Iodin, Kuprum, Mangan, Silika.
Beta Karoten
Gula - Glukosa, Fruktosa dan Sakarin.
Antara manfaat Madu yang lain ialah:

Membekalkan tenaga segera, Gula dalam Madu mudah dihadam dan sebagai sumber dan memulihkan tenaga.

Membantu melawaskan sistem pencernaan

Membantu buah pinggang berfungsi dengan lebih baik

Mencergaskan dan menenangkan fikiran disebabkan banyak oksigen dibawa ke otak.

Mengurangkan kesakitan kulit terbakar

Mengurangkan parut

Merangsang pertumbuhan sel baru dan mempercepatkan penyembuhan luka.



3. AIR ZAM-ZAM
a. Air Yang Mulia Lagi Diberkati

Dalam peristiwa penuh bersejarah tatkala bunda Nabi Ismail ‘Alaihissallam, Siti Hajar ‘Alaihissalam berulang-alik antara Bukit Safa dan Bukit Marwah, mencari bantuan di tengah padang pasir Makkah yang terik lagi kering bagi mendapatkan bekalan, Allah Subhanahu Wata'ala menerbitkan Air Zam-Zam berhampiran Kaabah yang sehingga kini dapat dinikmati oleh jutaan umat Islam seluruh dunia.

Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda:

“Air yang paling baik di permukaan bumi adalah Air Zam-Zam. Ia mengandungi makanan yang bergizi dan menyembuhkan penyakit” Hadis Riwayat At Tabrani

Air Zam-Zam dicipt Allah Subhanahu Wata'ala bersifat alkali. Tanpa perlu diproses dan ditambah sesuatu, ia merupakan air yang paling berkualiti, suci, bersih lagi berkhasiat. Ia diberkati dan mengenyangkan.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:

“Zam-Zam diberkati dan mengandungi makanan bergizi” Hadis Riwayat Muslim

b. Diminum dengan tujuan (niat)

Manfaat meminum Air Zam-Zam adalah semasa kita meminumnya dengan niat. Dan berniatlah bersungguh-sungguh. Sepertimana pesan baginda;

Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam:

“Air Zam-Zam sesuai dengan tujuan orang yang meminumnya” Hadis Riwayat Ibnu Majah



4. BUAT TIIN
a. Tiada Keraguan Akan Manfaatnya

Allah berfirman: “Demi Buah Tiin dan Buah Zaitun, Demi Gunung Sinai dan negeri (Makkah) yang dijadikan aman...”

Buah Tiin kaya dengan serat dan pelbagai vitamin dan mineral di dalamnya yang memberi manfaat kepada tubuh sehingga sendi-sendi mampu diperkuatkan..

b. Umpama Hadiah Dari Syurga

Sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam:

Makanlah kamu semua dan makan darinya (Buah Tiin), sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam lagi. “Sekiranya aku katakan sesungguhnya buah yang turun dari syurga maka aku kata ‘Inilah buahnya’. Ini kerana buah syurga tiada keraguan. Sesungguhnya ia boleh menyembuhkan penyakit buasir dan mendatangkan manfaat bagi sendi-sendi.”

Antara manfaatnya adalah:

Mengimbangi tekanan darah

Merendahkan tahap kolestrol

Membantu mencapai berat badan yang seimbang dan ideal

Membantu mengatasi angin ahmar

Mencegah penyakit kencing manis

Memerangi penyakit kanser

Mencegah serangan ghout, sembelit dan buasir



5. BUAH ZAITUN
a. Sarinya Tinggi Berzat & Bercahaya

Allah berfirman: “Demi Buah Tiin dan Buah Zaitun, Demi Gunung Sinai dan negeri (Makkah) yang dijadikan aman...”

“..lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu - dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya..” Al-Quran [24] Surah An-Nur [Ayat 35]

Banyak kajian ke atas Buah Zaitun memberi hasil yang memberangsangkan. Ia dipilih antara makanan yang banyak memberi manfaat bukan sahaja sebagai pengganti minyak dalam masakan, malah atas keberkesanannya mengatasi pelbagai masalah kesihatan yang dianggap sebagai penyakit utama masakini.

Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam juga bersabda:

“Gunakanlah sari Zaitun sebagai lauk pauk dan minyak, sesungguhnya ia berasal dari pohon yang diberkati”- Riwayat At Tirmizi dan Ibnu Majah

b. Manfaatnya

Membantu mengatasi masalah darah tinggi

Merendahkan tahap kolestrol berbahaya

Mengurangkan risiko serangan kanser

Menyihatkan kulit

Mengurangi terjadinya Trombosis dan Arterioklerosis (Pembuluh Darah Tersumbat dan Sempit)


6. HABBATUS SAUDA'
a. Penawar Segala Jenis Penyakit

Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda:

“Tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda’ kerana padanya adalah penawar segala jenis penyakit melainkan As Sam.” Para sahabat bertanya “ Ya Rasulullah, apakah itu As-Sam..?” Jawab Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam; “ As Sam itu adalah mati..”

Sehingga ke hari ini Habbatus Sauda’ terus menerus memberikan kejutan kepada pakar perubatan atas keberkesanannya dalam mengatasi masalah kesihatan yang kronik. Keupayaannya dalam melawan bakteria dan hampir semua masalah kesihatan kronik berkaitan kulit, saraf, darah, gula, jantung dan organ-organ dalam yang lain, pakar perubatan mengakui daya penawar yang terdapat padanya.



7. ZA'FFARAN
a. Raja Segala Rempah

Gelaran Raja Segala Rempah adalah kerana keberkesanannya dalam menyumbang penyelesaian masalah kesihatan dan tak lupa juga kerana harganya yang senilai dengan harga emas dipasaran!

Dalam kitab Perubatan Saidina Ali’Thib Al Imam Ali’ halaman 381:

“Sesiapa yang mengambil Za’ffran tulen dan Su’dun satu bahagian dicampurkan dengan Madu, diminum sebanyak dua misqal(sudu) pada setiap hari, dia dikagumi akan daya ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir..”

Selain meningkatkan daya ingatan, Za’ffaran juga dipercayai dapat mengatasi masalah usus, penyakit wabak kulit ‘bubonic plague’ dan cacar yangmana juga hasil ujikaji menunjukkan Za’ffran berpotensi sebagai anti-kanser dan agen awet muda.

b. Manfaatnya

Melancarkan sistem daya ingatan

Melancarkan sistem saraf

Meningkatkan daya tahan penyakit dari serangan bakteria



8. GINKGO BILOBA
a. Kemampuannya Unik

Ginkgo mengandungi flavanoid glycosides dan terpenoids (ginkgodes, bilobades) dan digunakan secara farmaseutikal. Banyak juga yang menyatakan kemampuan nootropic atau nutrisi-bijak yang keutamaannya berfungsi sebagai penguat daya ingatan dan anti-vertiga (mabuk laut, gayat dan seumpamanya)

Antara tiga kesan utamanya adalah

Meningkatkan pelancaran darah (termasuk kitaran-mikro yakni saraf halus kebanyakan tisu dan organ yang tersumbat.
Melindungi tindakbalas sel beroksida yang rosak dari radikal bebas
Menghalang banyak kesan PAF (platelet aggregation, blood clotting) yakni darah menjadi pekat dan menyebabkan saluran tersumbat. Masalah ini menyumbang peningkatan masalah kardiovaskular, buah pinggang, pernafasan. Ginkgo juga dipercayai dapat membantu masalah kekejangan saraf.
(ke atas)

9. DAUN SIRIH
a. Daun Ajaib Seribu Daya

Herba pusaka warisan ini mempunyai seribu daya sebagai sumber kecantikan dan perubatan tradisional Melayu dan juga sering diguna dalam majlis adat istiadat Melayu.

Dalam dunia perubatan tradisional Melayu, ia mendahului herba-herba tempatan yang lain kerana sinonim dengan adat istiadat. Keberkesanannya dalam mengatasi pelbagai masalah kesihatan juga tidak dapat dinafikan.

Hasil kajian saintifik membuktikan Sireh mengandungi komponen-komponen aktif yang sangat tinggi nilainya seperti antioksidan, astrigen ,ekspektoran, euginol, flavonoid, hydroxyl cavicol, polyphenol, sialagoga dan banyak lagi yang penting dalam bidang perubatan herba untuk kesihatan tubuh secara menyeluruh.

1 Response to "Jus Qaseh Kekanda"

  1. armouris,
    Terima kasih dengan info kurma tu. Memang tidak dinafikan kurma adalah makanan sunnah yang terbaik!

Powered by Blogger